Monday, March 21, 2011

WANITA SOLEHAH

Wanita dizaman Yunan dan Rom adalah seorang hamba yang di miliki didalam rumah penjaga atau dibawah bapanya, kemudian berpindah milik ke rumah suaminya. Perempuan tersebut tidak boleh memiliki sesuatupun baginya. Perempuan di sisi mereka merupakan makhluk yang unik iaitu pelik atau “gharib” bukan jenis lelaki. Perempuan juga mempunyai alamat dan tabiat lain dari tabiat manusia. Bagi mereka sifat kemanusiaan hanya bagi lelaki sahaja.

Demikian juga pada zaman Jahiliah, apabila seseorang perempuan melahirkan anak perempuan maka dibunuh akan anak perempuan itu melainkan anak lelaki. Begitu juga yang telah berlaku kepada Saidina Umar t yang telah membunuh anak perempuannya.


Apabila datang Islam yang dibawa oleh Rasulullah, maka Islam memberi kemerdekaan terhadap perempuan dan juga kehormatan dan keramatnya kepada mereka. Islam menyamai diantara lelaki dan segala hak-hak dan kewajipan samada maknawiyah atau harta kecuali beberapa perkara yang sedikit yang di perbezakan diantara lelaki dan perempuan pada tabiat daripada kedua-duanya.



Perempuan itu saudara yang sama dengan lelaki pada kewajipan tuntutan Syara` Allah, Dia mewajibkan solat, puasa, zakat, haji, jual beli serta bekerja dengan pekerjaan yang munasabah dengan tabiat mereka yang sesuai perkara itu atau keadaan yang memaksa.
Firman Allah Ta`ala:

وَلاَ تَتَمَنَّوْاْ مَا فَضَّلَ اللّهُ بِهِ بَعْضَكُمْ عَلَى بَعْضٍ لِّلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِّمَّا اكْتَسَبُواْ وَلِلنِّسَاء نَصِيبٌ مِّمَّا اكْتَسَبْنَ [1]

Ertinya: Dan janganlah kamu bercita-cita kepada perkara yang melebihi oleh Allah setengah kamu atas setengah kerana bagi lelaki itu ada habuannya daripada apa yang mereka usahakan begitu juga kepada perempuan ada habuan daripada apa yang mereka kerjakan.

Mafhum daripada ayat ini bahawa Islam itu datang untuk menyamai lelaki dan perempuan pada hak-hak dan segala kewajipan melainkan dari beberapa perkara yang Allah melebihi setangah atas setengah.

Manusia itu ada beberapa peringkat, peringkat kanak-kanak . peringkat muda yakni remaja, peringkat berumah tangga dan peringkat tua, demikian juga Tuhan menjadikan asal kejadian manusia didalam rahim ibunya beberapa peringkat, peringkat permulaan dari air mani kemudian peringkat segumpal darah kemudian segumpal daging selepas itu dijadikan tulang belulang dan seteruskan dijadikan bentuk manusia.

Apabila sampai ke peringkat rumah tangga, memilih seorang lelaki untuk menjadikan isterinya akan seorang perempuan yang solehah yakni baik supaya boleh menjaga rumah tangga dan mentaati suaminya serta dapat mendidik anak-anaknya dengan didikan Islam apabila di kurniakan anak nanti, dan paling utama isteri yang solehah itu akan membawa keseronokan kepada suami.

No comments:

Post a Comment