Thursday, July 11, 2013

Kali pertama berpuasa di perantauan.

Bismillahirrahmanirrahim,assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah swt kerana memberi kesempatan kepada diriku untuk bertemu lagi dengan bulan yang mulia iaitu Bulan Ramadhan. Di catatan yang lepas ana ada menulis tajuk Ramadhan yang terakhir. Alhamdulillah tahun lepas bukan tahun terakhir ana bertemu dengan bulan ini sebab tahun ini ana masih berjumpa dengan bulan tersebut,alhamdulillah,semuanya dengan izin Allah swt.

Tahun nie tahun pertama ana sambut bulan Ramadhan di perantauan. Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja. Makanan sahur dan berbuka kakak ana yang masak,tugas ana jaga anak-anak dia. Seronok jaga anak-anak nie. Walaupun mereka bukan anak ana tapi ana happy.Alhamdulillah.

Rasanya sampai sini dahulu untuk coretan kali ini, insyaAllah lepas nie akan ada coretan lain yang lebih bermanfaat dari coretan luahan hati ini.. Akhir kata jutaan terima kasih sebab sudi baca blog ana yang tak seberapa ini. dan ana memohon ampun dan maaf sekiranya apa yang ana tulis ada menyinggung perasaan pembaca sekalian..Salam Ramadhan Al-Mubarak 1434 Hijriah..

Sunday, June 30, 2013

Lagu kegemaran saya

Bismillahirahmanirahim,assalamualaikum wbt.

Lagu dalam blog adalah lagu-lagu yang sering ana dengar baik di youtube mahupun didalam fon ana. Ana amat suka dengan lagu-lagu nie (^_^). Setiap orang mesti ada lagu kegemaran masing-masing. Banyak lagi lagu kegemaran ana tapi takut pembaca blog ini boring pula sebab banyak sangat lagu..huhuhu. InsyaAllah lagu-lagu dalam blog ini akan ditambah dari masa ke semasa. Ana harap pembaca blog ini tak boring dengar lagu-lagu di dalam blog ini. Akhir kata ana mohon ampun dan maaf sekiranya apa yang tertulis dalam blog ini ada menyinggung perasaan pembaca sekalian.. Maafkan ana..

Friday, June 21, 2013

Putrihambali kembali..(^_^)

Bismillahirahmanirahim,assalamualaikum wbt.

 Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah swt kerana telah memberi peluang kepada diriku untuk terus menghirup udara dan melihat keindahan alam ciptaanNYA. Akhirnnya dapat juga jari-jari ini menari kembali mencoretkan sesuatu di halaman blog yang telah  lama ditinggalkan. Permulaan tahun ini kesihatanku sering terganggu.Apa-apapun ku anggap itu sebagai kafarah dosa-dosaku yang lalu. Sekarang hidupku lebih bermakna berbanding dahulu.Setiap orang ada kisah silam hidup masing-masing tak terkecuali diri ini

Rasanya cukup dahulu sampai disini. Andai ada masa insyaAllah blog ini akan diupdate dari masa ke semasa.Akhir kata jutaan terima kasih ana ucapkan kepada sesiapa yang sudi membaca blog ana yang terseberapa ini.Mohon ampun dan maaf sekiranya tulisan di blog ini ada menyinggung perasaan kalian. Assalamualaikum wbt...(^_^)