Friday, August 17, 2012

Ramadhan terakhir....

Assalamualaikum...
Bismillahirahmanirahim..

            Lama ana tak menjenguk blog ana ini. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ALLAH SWT kerana telah mengizinkan diri ini untuk bertemu dengan bulan Ramadhan tahun 1433 Hijrah ini. Terasa sekejap sangat bulan Ramadhan tahun ini. Pejam celik pejam celik bulan Ramadhan tahun ini sudah hampir sampai ke penghujungnya. Lagi  1 hari sahaja umat islam seluruh dunia akan menyambut bulan Syawal tahun 1433 Hijrah.

            Adakah bulan Ramadhan tahun 1433 Hijrah ini bulan Ramadhan yang terakhir untuk diri ini??Jawapannya hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu. Terasa sedih sangat hati ini bila mengenangkan bulan Ramadhan tahun ini akan melabuhkan tirainya :-(. Perasaan rindu pada arwah ayah dan arwah nenek terasa mendalam sangat di lubuk hati ini. Rindunya pada mereka. :-(.

          Kelmarin  masa bantu mak buat rempeyek. Ana bertanya pada mak.Perbualan ana dengan mak ana kelmarin.
      Itah: Mak,nanti dekat akhirat itah akan jumpa mak dan ayah balik tak?
      Emak: InsyaAllah itah,jika diizinkan,kita akan berjumpa balik.
      Itah : Mak,bila dunia ini sudah kiamat,kita tinggal di mana?
      Emak: (mak diam sambil meneruskan menggoreng rempeyek)
      Itah: ( ana pun diam dan meneruskan kerja membantu mak menggoreng rempeyek)

     Ana akan meninggalkan sebuah laman web yang amat ana sayangi. Kerana laman web itu memberi terlalu banyak kenangan pada diri ana. Mungkin ini yang terbaik untuk diri ana. Walau apapun laman web itu tetap akan ana ingati sehingga akhir hayat ana. Kenapa ana meninggalkan laman web tersebut. Biarlah  ia menjadi rahsia ana seorang.

       Apa-apapun ana ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung yang sudi view blog ana yang tak seberapa ini. Terima kasih ana ucapkan. Di kesempatan ini,ana ingin mengucapkan Selamat Hari Raya  Aidilfitri tahun 1433 Hijrah buat semua umat islam yang berada di muka bumi ini, Ana mohon maaf seandainya sepanjang ana menulis di blog ini ada ayat yang telah menyinggung perasaan kalian sama ada sedar atau tak sedar. Ana memohon maaf dari hujung kaki hingga kehujung rambut. Ana harap kalian maafkan segala kesalahan dan kesilapan ana pada kalian semua.

       MOHON MAAFKAN ANA SEMUA
      Tiada seorang manusia yang tak lari dari buat kesilapan di dunia ini. Sebagai manusia yang tak pernah lari dari membuat kesilapan,ana  menyusun sepuluh jari tangan ana memohon maaf pada kalian semua yang membaca blog ana ini.  Maafkan ana...Wassalam

1 comment: