Wednesday, August 22, 2012

5 tips cara-cara untuk berkahwin awal

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum..

    Ana ambil tips-tips ini dari blog orang lain. Setelah membacanya,tergerak di hati ana untuk kongsikan tips-tips ini di blog ana...(^_^,)...Semoga tips ini menjadi panduan kepada pasangan yang ingin berkahwin awal.

        Ramai dalam kalangan muda zaman sekarang yang terbuka untuk mula kahwin muda. Jadi, anda semua sudah tentu pernah mendengar bahawa ada sahaja pasangan muda yang baru umur setahun jagung sudah mendirikan rumah tangga.
    Rata-rata daripada anda semua sudah pasti tertanya-tanya adakah kahwin awal ini bagus ataupun tidak? Sebenarnya kahwin awal ini ada baik buruknya juga.
   Apa yang pasti, kebaikkannya ialah tidak lain dan tidak bukan, ia boleh mengelak daripada berlaku fitnah serta dapat menjaga kehormatan diri anda dan pasangan.
   Maklumlah, remaja kan suka mencuba sesuatu yang baru dan yang tidak pernah mereka lakukan. Jadi sudah pasti maksiat berkembang pesat.
kahwin awal muda
Di bawah ini merupakan  tips-tips untuk kahwin awal..
a) Mempunyai kerjaya dan pendapatan yang tetap.
Kerjaya dan mempunyai pendapatan yang tetap merupakan suatu aset yang penting bagi seorang suami yang ingin mendirikan rumah tangga dengan bakal isteri mereka.
Tanpa aset ini, maka kehidupan rumah tangga anda sudah pasti huru hara. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
b) Mempunyai wang simpanan yang cukup.
Sebelum mendirikan rumah tangga, adalah lebih baik anda mempunyai wang simpanan yang mencukupi agar kelak di masa anda susah, anda dapat berdiri di atas kaki sendiri.
Jangan harapkan orang lain untuk menolong perkahwinan anda itu kecuali anda merupakan seseorang yang tiada perasaan malu.
c) Kekuatan diri untuk memikul tanggungjawab.
Sebagai seorang suami ataupun isteri yang bakal-bakal mendirikan rumah tangga, anda sepatutnya mempunyai kekuatan diri iaitu mind setting 110% bahawa anda benar-benar bersedia mendirikan sebuah masjid itu.
Hal ini kerana kelak insyaallah anda akan menjadi seorang ibu atau bapa kepada seorang anak kecil yang baru lahir di dunia ini.
d) Mendapat restu ibu bapa.
Melakukan apa-apa jua jenis pekerjaan didalam dunia ini, kita perlulah memohon restu daripada kedua ibu bapa kita agar perkahwinan yang bakal kita dirikan tidak lama lagi ini di restui oleh mereka.
e) Boleh bertolak ansur.
Setiap orang manusia itu sudah pasti mempunyai tahap keegoaan mereka tersendiri. Jika berlaku suatu masalah, janganlah berlagak dengan ego anda sahaja. Lagi-lagi kepada lelaki.
Lelaki memang sukar mengaku kalah kepada seorang perempuan. Apabila kedua-dua belah pihak sukar mengaku kalah, maka retaklah sesuatu perhubungan itu.
cinta sejati
Inilah 5 tips cara-cara untuk berkahwin awal. Jika ada tersalah silap kata, harap dapat dimaafkan kerana saya  ini bukanlah seorang manusia yang sempurna.

Tuesday, August 21, 2012

Emak,saya nak bernikah boleh tak?

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum..


Emak, saya nak kahwin. Emak janganlah bersusah hati ya, ini kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti akan diredhai Allah. Daripada Anas r.a, katanya telah bersabda nabi S.A.W bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku. Allah S.W.T menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasang-pasangan, berkasih-sayang, bahagia, dan dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal. Fitrah tersebut dapat dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan yang sah. Bolehkah emak?
Emak, saya nak kahwin. Emak janganlah menghalang keinginan saya, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan. Namun cinta jangan dilawan, kerana bila jodoh datang bertandang, tiada siapa yang mampu menolak kuasa Tuhan. Bolehkah emak?
Emak, saya nak kahwin. Jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana ia takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari. InsyaAllah, si dia yang bergelar suami tidak akan menghalang saya menuntut ilmu, kerana kami berdua dahagakan ilmu. Ingatkah umi, menunda perkahwinan menurut Syeikh Muhamad Bin Shalih Al-Utsaimin adalah sikap yang bertentangan dengan perintah Rasulullah SAW:
SAW bersabda: “Jika seorang lelaki yang engkau sukai agama dan akhlaknya melamar, maka nikahilah dia (dengan puterimu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, maka akan ada fitnah di atas bumi dan kerosakan”
 Emak, saya nak kahwin. Walaupun si dia yang merupakan lelaki pilhan saya masih belum bekerja, bukan bermaksud dia tidak boleh menyara bakal isterinya. Sudah tercatat di dalam Quran, orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas berkahwin.
Emak, saya nak kahwin. berkahwin itu menghalang maksiat. Daripada si dia melihat perempuan di sana sini, lebih baik dia melihat isterinya saja. Dapat pahala lagi. Emak, perkahwinan juga adalah benteng mempertahankan maruah dan harga diri. Sesungguhnya, manusia perlu berkahwin adalah disebabkan tuntutan psikologi dan fitrah dijadikan Allah. Maka atas tuntutan itu, tanpa adanya perkahwinan, manusia akan terjerumus ke lembah perzinaan dan maksiat. Nauzubillah. 
Emak, saya nak kahwin. Percayalah yang calon suami saya memang sudah bersedia untuk bertanggungjawab. Jangan dilihat pada kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi dirinya. Jika dia sudah bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah dia jadi pemimpin kepada isterinya pula. Walaupun, Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi si dia tiada pernah berhenti mencari ilmu. Maka doakanlah supaya dia dapat menjadi seorang lelaki yang lebih soleh dan dapat membimbing saya ke jalan Allah. 
Emak , saya nak kahwin. Semua ini hanyalah keinginan anakmu saja. Namun kiranya tiada dipersetujui, anakmu terima sepenuh hati. Kerana si dia juga tahu, bagaimana untuk menghormati keputusan kedua orang tuanya. Namun, sekirannya emak bersetuju ingin mendapat anak menantu, maka izinkanlah anakmu ini mencari calonnya. InsyaAllah, bukan calon suami yang dicari, tapi calon ayah kepada cucumu yang akan dicari.
 
Emak, saya nak kahwin. Apa pun jua keputusan dipilih, semoga Allah sentiasa memberkati. Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik. Sama-samalah kita berharap kepadaNya.
Emak,  tapi apakan daya dia hanya mampu menulis untuk meluah isi hati. Andai isi hati anakmu ini dapat dibaca dan difahami oleh emak, alangkah bagusnya. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan anak emak  ini, amin ya rabbal alamin.

Monday, August 20, 2012

Doa agar dapat jodoh yang baik..

Assalamualaikum..
Bismilahirahmanirahim..

     Hari ana nak kongsikan sebuah doa iaitu Doa Dapat Jodoh Yang Baik untuk kita. InsyaAllah jika diamalkan. Kita akan dapat jodoh yang baik untuk kita. Tetapi perlu diingat,sebelum mendambakan jodoh yang baik,soleh dan solehah. Kita kena dan wajib memastikan diri kita juga baik,soleh dan solehah. Baru kita akan dapat pasangan yang soleh dan solehah yang diciptakan untuk kita,wallahualam. Di dalam surah An-Nur ada menyebut tentang hal ini..


               
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.


Bismillahirrahmannirrohim.....


Ya Allah..Ya Tuhanku..
Jika pendampingku telah Engkau lahirkan
Gerakan hatinya untuk menujuku ,pertemukanlah kami dalam sebaik-baiknya pertemuan untuk menuju Redha-Mu..
Kerana Engkaulah yg berhak atas hati hamba2-Mu..
Dan Engkau jua yg kuasa membolak balikannya..
Ya Rabb,
bila dia jauh,dekatkanlah..
Eratkan hati kami dalam ikatan kerana-Mu ,tautkan hatiku dengan hatinya yang sama-sama mengharap&mendamba sebuah keinginan menuju redha-Mu..

Ya Allah...Yang Maha Pecinta
Pemilik cinta sejati ,Jikalau cintaku kau ciptakan untuk dia
Tabahkan hatinya..
Teguhkan imannya..
Tegarkan penantiannya..

Ya Rabb...Sang Pemilik Hati
Jikalau hatiku KAU ciptakan untuk dia ,Penuhi hatinya dengan Kasih-Mu,
Terangi langkahnya dengan Cahaya-Mu ,limpahkan kelapangan dikalbunya dengan kesabaran,temani dia dlm kesepian..

Ya Rabb,
Tiada tempat ku bersandar Selain pada-Mu,
Kutitipkan cintaku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan sayangku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan rinduku pada-Mu untuknya..
Mekarkan cintaku bersama cintanya..
Satukan hidupku & hidupnya dlm Cinta-Mu..

Ya Rabb....
Ku yakin bila saatnya sudah menghampiri,
Pasti kebahagiaan itu aku dapati..
Mohon beri aku kekuatan dan kesabaran dlm penantianku..

Ya ALLAH..
kirimkan dia yang dapat membawa kebaikan,
Baik bagi duniaku,akhiratku dan agamaku..
Agar kami sama-sama berjemaah untuk tetap menuju kejalanMu..
Bimbinglah hati kami ,kuatkan hati kami..
Penuhilah dengan Rahmat & kasih sayang-Mu..Amin ya rabbal alamin




Friday, August 17, 2012

Ramadhan terakhir....

Assalamualaikum...
Bismillahirahmanirahim..

            Lama ana tak menjenguk blog ana ini. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ALLAH SWT kerana telah mengizinkan diri ini untuk bertemu dengan bulan Ramadhan tahun 1433 Hijrah ini. Terasa sekejap sangat bulan Ramadhan tahun ini. Pejam celik pejam celik bulan Ramadhan tahun ini sudah hampir sampai ke penghujungnya. Lagi  1 hari sahaja umat islam seluruh dunia akan menyambut bulan Syawal tahun 1433 Hijrah.

            Adakah bulan Ramadhan tahun 1433 Hijrah ini bulan Ramadhan yang terakhir untuk diri ini??Jawapannya hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu. Terasa sedih sangat hati ini bila mengenangkan bulan Ramadhan tahun ini akan melabuhkan tirainya :-(. Perasaan rindu pada arwah ayah dan arwah nenek terasa mendalam sangat di lubuk hati ini. Rindunya pada mereka. :-(.

          Kelmarin  masa bantu mak buat rempeyek. Ana bertanya pada mak.Perbualan ana dengan mak ana kelmarin.
      Itah: Mak,nanti dekat akhirat itah akan jumpa mak dan ayah balik tak?
      Emak: InsyaAllah itah,jika diizinkan,kita akan berjumpa balik.
      Itah : Mak,bila dunia ini sudah kiamat,kita tinggal di mana?
      Emak: (mak diam sambil meneruskan menggoreng rempeyek)
      Itah: ( ana pun diam dan meneruskan kerja membantu mak menggoreng rempeyek)

     Ana akan meninggalkan sebuah laman web yang amat ana sayangi. Kerana laman web itu memberi terlalu banyak kenangan pada diri ana. Mungkin ini yang terbaik untuk diri ana. Walau apapun laman web itu tetap akan ana ingati sehingga akhir hayat ana. Kenapa ana meninggalkan laman web tersebut. Biarlah  ia menjadi rahsia ana seorang.

       Apa-apapun ana ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung yang sudi view blog ana yang tak seberapa ini. Terima kasih ana ucapkan. Di kesempatan ini,ana ingin mengucapkan Selamat Hari Raya  Aidilfitri tahun 1433 Hijrah buat semua umat islam yang berada di muka bumi ini, Ana mohon maaf seandainya sepanjang ana menulis di blog ini ada ayat yang telah menyinggung perasaan kalian sama ada sedar atau tak sedar. Ana memohon maaf dari hujung kaki hingga kehujung rambut. Ana harap kalian maafkan segala kesalahan dan kesilapan ana pada kalian semua.

       MOHON MAAFKAN ANA SEMUA
      Tiada seorang manusia yang tak lari dari buat kesilapan di dunia ini. Sebagai manusia yang tak pernah lari dari membuat kesilapan,ana  menyusun sepuluh jari tangan ana memohon maaf pada kalian semua yang membaca blog ana ini.  Maafkan ana...Wassalam