Wednesday, August 22, 2012

5 tips cara-cara untuk berkahwin awal

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum..

    Ana ambil tips-tips ini dari blog orang lain. Setelah membacanya,tergerak di hati ana untuk kongsikan tips-tips ini di blog ana...(^_^,)...Semoga tips ini menjadi panduan kepada pasangan yang ingin berkahwin awal.

        Ramai dalam kalangan muda zaman sekarang yang terbuka untuk mula kahwin muda. Jadi, anda semua sudah tentu pernah mendengar bahawa ada sahaja pasangan muda yang baru umur setahun jagung sudah mendirikan rumah tangga.
    Rata-rata daripada anda semua sudah pasti tertanya-tanya adakah kahwin awal ini bagus ataupun tidak? Sebenarnya kahwin awal ini ada baik buruknya juga.
   Apa yang pasti, kebaikkannya ialah tidak lain dan tidak bukan, ia boleh mengelak daripada berlaku fitnah serta dapat menjaga kehormatan diri anda dan pasangan.
   Maklumlah, remaja kan suka mencuba sesuatu yang baru dan yang tidak pernah mereka lakukan. Jadi sudah pasti maksiat berkembang pesat.
kahwin awal muda
Di bawah ini merupakan  tips-tips untuk kahwin awal..
a) Mempunyai kerjaya dan pendapatan yang tetap.
Kerjaya dan mempunyai pendapatan yang tetap merupakan suatu aset yang penting bagi seorang suami yang ingin mendirikan rumah tangga dengan bakal isteri mereka.
Tanpa aset ini, maka kehidupan rumah tangga anda sudah pasti huru hara. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
b) Mempunyai wang simpanan yang cukup.
Sebelum mendirikan rumah tangga, adalah lebih baik anda mempunyai wang simpanan yang mencukupi agar kelak di masa anda susah, anda dapat berdiri di atas kaki sendiri.
Jangan harapkan orang lain untuk menolong perkahwinan anda itu kecuali anda merupakan seseorang yang tiada perasaan malu.
c) Kekuatan diri untuk memikul tanggungjawab.
Sebagai seorang suami ataupun isteri yang bakal-bakal mendirikan rumah tangga, anda sepatutnya mempunyai kekuatan diri iaitu mind setting 110% bahawa anda benar-benar bersedia mendirikan sebuah masjid itu.
Hal ini kerana kelak insyaallah anda akan menjadi seorang ibu atau bapa kepada seorang anak kecil yang baru lahir di dunia ini.
d) Mendapat restu ibu bapa.
Melakukan apa-apa jua jenis pekerjaan didalam dunia ini, kita perlulah memohon restu daripada kedua ibu bapa kita agar perkahwinan yang bakal kita dirikan tidak lama lagi ini di restui oleh mereka.
e) Boleh bertolak ansur.
Setiap orang manusia itu sudah pasti mempunyai tahap keegoaan mereka tersendiri. Jika berlaku suatu masalah, janganlah berlagak dengan ego anda sahaja. Lagi-lagi kepada lelaki.
Lelaki memang sukar mengaku kalah kepada seorang perempuan. Apabila kedua-dua belah pihak sukar mengaku kalah, maka retaklah sesuatu perhubungan itu.
cinta sejati
Inilah 5 tips cara-cara untuk berkahwin awal. Jika ada tersalah silap kata, harap dapat dimaafkan kerana saya  ini bukanlah seorang manusia yang sempurna.

No comments:

Post a Comment