Wednesday, August 22, 2012

5 tips cara-cara untuk berkahwin awal

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum..

    Ana ambil tips-tips ini dari blog orang lain. Setelah membacanya,tergerak di hati ana untuk kongsikan tips-tips ini di blog ana...(^_^,)...Semoga tips ini menjadi panduan kepada pasangan yang ingin berkahwin awal.

        Ramai dalam kalangan muda zaman sekarang yang terbuka untuk mula kahwin muda. Jadi, anda semua sudah tentu pernah mendengar bahawa ada sahaja pasangan muda yang baru umur setahun jagung sudah mendirikan rumah tangga.
    Rata-rata daripada anda semua sudah pasti tertanya-tanya adakah kahwin awal ini bagus ataupun tidak? Sebenarnya kahwin awal ini ada baik buruknya juga.
   Apa yang pasti, kebaikkannya ialah tidak lain dan tidak bukan, ia boleh mengelak daripada berlaku fitnah serta dapat menjaga kehormatan diri anda dan pasangan.
   Maklumlah, remaja kan suka mencuba sesuatu yang baru dan yang tidak pernah mereka lakukan. Jadi sudah pasti maksiat berkembang pesat.
kahwin awal muda
Di bawah ini merupakan  tips-tips untuk kahwin awal..
a) Mempunyai kerjaya dan pendapatan yang tetap.
Kerjaya dan mempunyai pendapatan yang tetap merupakan suatu aset yang penting bagi seorang suami yang ingin mendirikan rumah tangga dengan bakal isteri mereka.
Tanpa aset ini, maka kehidupan rumah tangga anda sudah pasti huru hara. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
b) Mempunyai wang simpanan yang cukup.
Sebelum mendirikan rumah tangga, adalah lebih baik anda mempunyai wang simpanan yang mencukupi agar kelak di masa anda susah, anda dapat berdiri di atas kaki sendiri.
Jangan harapkan orang lain untuk menolong perkahwinan anda itu kecuali anda merupakan seseorang yang tiada perasaan malu.
c) Kekuatan diri untuk memikul tanggungjawab.
Sebagai seorang suami ataupun isteri yang bakal-bakal mendirikan rumah tangga, anda sepatutnya mempunyai kekuatan diri iaitu mind setting 110% bahawa anda benar-benar bersedia mendirikan sebuah masjid itu.
Hal ini kerana kelak insyaallah anda akan menjadi seorang ibu atau bapa kepada seorang anak kecil yang baru lahir di dunia ini.
d) Mendapat restu ibu bapa.
Melakukan apa-apa jua jenis pekerjaan didalam dunia ini, kita perlulah memohon restu daripada kedua ibu bapa kita agar perkahwinan yang bakal kita dirikan tidak lama lagi ini di restui oleh mereka.
e) Boleh bertolak ansur.
Setiap orang manusia itu sudah pasti mempunyai tahap keegoaan mereka tersendiri. Jika berlaku suatu masalah, janganlah berlagak dengan ego anda sahaja. Lagi-lagi kepada lelaki.
Lelaki memang sukar mengaku kalah kepada seorang perempuan. Apabila kedua-dua belah pihak sukar mengaku kalah, maka retaklah sesuatu perhubungan itu.
cinta sejati
Inilah 5 tips cara-cara untuk berkahwin awal. Jika ada tersalah silap kata, harap dapat dimaafkan kerana saya  ini bukanlah seorang manusia yang sempurna.

Tuesday, August 21, 2012

Emak,saya nak bernikah boleh tak?

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum..


Emak, saya nak kahwin. Emak janganlah bersusah hati ya, ini kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti akan diredhai Allah. Daripada Anas r.a, katanya telah bersabda nabi S.A.W bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku. Allah S.W.T menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasang-pasangan, berkasih-sayang, bahagia, dan dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal. Fitrah tersebut dapat dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan yang sah. Bolehkah emak?
Emak, saya nak kahwin. Emak janganlah menghalang keinginan saya, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan. Namun cinta jangan dilawan, kerana bila jodoh datang bertandang, tiada siapa yang mampu menolak kuasa Tuhan. Bolehkah emak?
Emak, saya nak kahwin. Jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana ia takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari. InsyaAllah, si dia yang bergelar suami tidak akan menghalang saya menuntut ilmu, kerana kami berdua dahagakan ilmu. Ingatkah umi, menunda perkahwinan menurut Syeikh Muhamad Bin Shalih Al-Utsaimin adalah sikap yang bertentangan dengan perintah Rasulullah SAW:
SAW bersabda: “Jika seorang lelaki yang engkau sukai agama dan akhlaknya melamar, maka nikahilah dia (dengan puterimu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, maka akan ada fitnah di atas bumi dan kerosakan”
 Emak, saya nak kahwin. Walaupun si dia yang merupakan lelaki pilhan saya masih belum bekerja, bukan bermaksud dia tidak boleh menyara bakal isterinya. Sudah tercatat di dalam Quran, orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas berkahwin.
Emak, saya nak kahwin. berkahwin itu menghalang maksiat. Daripada si dia melihat perempuan di sana sini, lebih baik dia melihat isterinya saja. Dapat pahala lagi. Emak, perkahwinan juga adalah benteng mempertahankan maruah dan harga diri. Sesungguhnya, manusia perlu berkahwin adalah disebabkan tuntutan psikologi dan fitrah dijadikan Allah. Maka atas tuntutan itu, tanpa adanya perkahwinan, manusia akan terjerumus ke lembah perzinaan dan maksiat. Nauzubillah. 
Emak, saya nak kahwin. Percayalah yang calon suami saya memang sudah bersedia untuk bertanggungjawab. Jangan dilihat pada kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi dirinya. Jika dia sudah bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah dia jadi pemimpin kepada isterinya pula. Walaupun, Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi si dia tiada pernah berhenti mencari ilmu. Maka doakanlah supaya dia dapat menjadi seorang lelaki yang lebih soleh dan dapat membimbing saya ke jalan Allah. 
Emak , saya nak kahwin. Semua ini hanyalah keinginan anakmu saja. Namun kiranya tiada dipersetujui, anakmu terima sepenuh hati. Kerana si dia juga tahu, bagaimana untuk menghormati keputusan kedua orang tuanya. Namun, sekirannya emak bersetuju ingin mendapat anak menantu, maka izinkanlah anakmu ini mencari calonnya. InsyaAllah, bukan calon suami yang dicari, tapi calon ayah kepada cucumu yang akan dicari.
 
Emak, saya nak kahwin. Apa pun jua keputusan dipilih, semoga Allah sentiasa memberkati. Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik. Sama-samalah kita berharap kepadaNya.
Emak,  tapi apakan daya dia hanya mampu menulis untuk meluah isi hati. Andai isi hati anakmu ini dapat dibaca dan difahami oleh emak, alangkah bagusnya. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan anak emak  ini, amin ya rabbal alamin.

Monday, August 20, 2012

Doa agar dapat jodoh yang baik..

Assalamualaikum..
Bismilahirahmanirahim..

     Hari ana nak kongsikan sebuah doa iaitu Doa Dapat Jodoh Yang Baik untuk kita. InsyaAllah jika diamalkan. Kita akan dapat jodoh yang baik untuk kita. Tetapi perlu diingat,sebelum mendambakan jodoh yang baik,soleh dan solehah. Kita kena dan wajib memastikan diri kita juga baik,soleh dan solehah. Baru kita akan dapat pasangan yang soleh dan solehah yang diciptakan untuk kita,wallahualam. Di dalam surah An-Nur ada menyebut tentang hal ini..


               
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.


Bismillahirrahmannirrohim.....


Ya Allah..Ya Tuhanku..
Jika pendampingku telah Engkau lahirkan
Gerakan hatinya untuk menujuku ,pertemukanlah kami dalam sebaik-baiknya pertemuan untuk menuju Redha-Mu..
Kerana Engkaulah yg berhak atas hati hamba2-Mu..
Dan Engkau jua yg kuasa membolak balikannya..
Ya Rabb,
bila dia jauh,dekatkanlah..
Eratkan hati kami dalam ikatan kerana-Mu ,tautkan hatiku dengan hatinya yang sama-sama mengharap&mendamba sebuah keinginan menuju redha-Mu..

Ya Allah...Yang Maha Pecinta
Pemilik cinta sejati ,Jikalau cintaku kau ciptakan untuk dia
Tabahkan hatinya..
Teguhkan imannya..
Tegarkan penantiannya..

Ya Rabb...Sang Pemilik Hati
Jikalau hatiku KAU ciptakan untuk dia ,Penuhi hatinya dengan Kasih-Mu,
Terangi langkahnya dengan Cahaya-Mu ,limpahkan kelapangan dikalbunya dengan kesabaran,temani dia dlm kesepian..

Ya Rabb,
Tiada tempat ku bersandar Selain pada-Mu,
Kutitipkan cintaku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan sayangku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan rinduku pada-Mu untuknya..
Mekarkan cintaku bersama cintanya..
Satukan hidupku & hidupnya dlm Cinta-Mu..

Ya Rabb....
Ku yakin bila saatnya sudah menghampiri,
Pasti kebahagiaan itu aku dapati..
Mohon beri aku kekuatan dan kesabaran dlm penantianku..

Ya ALLAH..
kirimkan dia yang dapat membawa kebaikan,
Baik bagi duniaku,akhiratku dan agamaku..
Agar kami sama-sama berjemaah untuk tetap menuju kejalanMu..
Bimbinglah hati kami ,kuatkan hati kami..
Penuhilah dengan Rahmat & kasih sayang-Mu..Amin ya rabbal alamin




Friday, August 17, 2012

Ramadhan terakhir....

Assalamualaikum...
Bismillahirahmanirahim..

            Lama ana tak menjenguk blog ana ini. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ALLAH SWT kerana telah mengizinkan diri ini untuk bertemu dengan bulan Ramadhan tahun 1433 Hijrah ini. Terasa sekejap sangat bulan Ramadhan tahun ini. Pejam celik pejam celik bulan Ramadhan tahun ini sudah hampir sampai ke penghujungnya. Lagi  1 hari sahaja umat islam seluruh dunia akan menyambut bulan Syawal tahun 1433 Hijrah.

            Adakah bulan Ramadhan tahun 1433 Hijrah ini bulan Ramadhan yang terakhir untuk diri ini??Jawapannya hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu. Terasa sedih sangat hati ini bila mengenangkan bulan Ramadhan tahun ini akan melabuhkan tirainya :-(. Perasaan rindu pada arwah ayah dan arwah nenek terasa mendalam sangat di lubuk hati ini. Rindunya pada mereka. :-(.

          Kelmarin  masa bantu mak buat rempeyek. Ana bertanya pada mak.Perbualan ana dengan mak ana kelmarin.
      Itah: Mak,nanti dekat akhirat itah akan jumpa mak dan ayah balik tak?
      Emak: InsyaAllah itah,jika diizinkan,kita akan berjumpa balik.
      Itah : Mak,bila dunia ini sudah kiamat,kita tinggal di mana?
      Emak: (mak diam sambil meneruskan menggoreng rempeyek)
      Itah: ( ana pun diam dan meneruskan kerja membantu mak menggoreng rempeyek)

     Ana akan meninggalkan sebuah laman web yang amat ana sayangi. Kerana laman web itu memberi terlalu banyak kenangan pada diri ana. Mungkin ini yang terbaik untuk diri ana. Walau apapun laman web itu tetap akan ana ingati sehingga akhir hayat ana. Kenapa ana meninggalkan laman web tersebut. Biarlah  ia menjadi rahsia ana seorang.

       Apa-apapun ana ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung yang sudi view blog ana yang tak seberapa ini. Terima kasih ana ucapkan. Di kesempatan ini,ana ingin mengucapkan Selamat Hari Raya  Aidilfitri tahun 1433 Hijrah buat semua umat islam yang berada di muka bumi ini, Ana mohon maaf seandainya sepanjang ana menulis di blog ini ada ayat yang telah menyinggung perasaan kalian sama ada sedar atau tak sedar. Ana memohon maaf dari hujung kaki hingga kehujung rambut. Ana harap kalian maafkan segala kesalahan dan kesilapan ana pada kalian semua.

       MOHON MAAFKAN ANA SEMUA
      Tiada seorang manusia yang tak lari dari buat kesilapan di dunia ini. Sebagai manusia yang tak pernah lari dari membuat kesilapan,ana  menyusun sepuluh jari tangan ana memohon maaf pada kalian semua yang membaca blog ana ini.  Maafkan ana...Wassalam

Monday, July 2, 2012

Hanzalah..(Pemuda Berani)

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum..

       Ana kagum dengan sifat yang ada dalam diri hamba Allah swt yang bernama HANZALAH ini..Mungkinkah dalam dunia ini masih wujud mujahid seperti beliau??Hanya Allah yang tahu..

       Perkahwinan Hanzalah bin Abu Amir dengan sepupunya, Jamilah binti Ubay sudah siap diatur. Kebetulan pula, hari berlangsungnya perkahwinan Hanzalah bertembung dengan hari peperangan tentera Islam menentang musuh di Bukit Uhud. Hanzalah bin Abu Amir mendekati Rasulullah s.a.w., “Saya bercadang menangguhkan sahaja perkahwinan saya malam nanti.” Pada masa itu, Nabi Muhammad s.a.w. dan tentera-tentera Islam di kota Madinah sibuk membuat persiapan akhir untuk berperang. “Tidak mengapa, teruskan sahaja perkahwinan ini,” balas Rasulullah s.a.w.. “Tetapi saya sungguh berhajat bagi menyertainya, ” Hanzalah bertegas. Rasulullah s.a.w. berkeras supaya Hanzalah meneruskan perkahwinannya dan memberi cadangan supaya Hanzalah menyusuli tentera Islam di Bukit Uhud pada keesokan hari, setelah selesai upacara perkahwinan.

        Hanzalah mendiamkan diri. Ada benarnya saranan Nabi Muhammad itu; perkahwinan ini bukan sahaja melibatkan dirinya bahkan bakal isterinya juga. Pada malam Jumaat yang hening, perkahwinan antara Hanzalah bin Abu Amir dan Jamilah binti Ubay dilangsungkan secara sederhana. Suasana yang hening dan sunyi itu tidak tenang hingga ke pagi. Kota Madinah tiba-tiba dikejutkn dengan paluan gendang yang bertubi-tubi. Paluan gendang mengejutkan para pejuang bersama laungan menyebarkan berita.

“Bersegeralah! Kita bersegera perangi musuh Allah.”

“Berkumpul segera! Keluarlah! Rebutlah syurga Allah!”

“Perang akan bermula!”

        Pukulan gendang dan laungan jihad itu mengejutkan pasangan pengantin yang baru sahaja dinikahkan. Hanzalah bingkas dari tempat tidurnya, “Saya harus menyertai mereka.” “Bukankah malam ini malam perkahwinan kita dan Nabi Muhammad mengizinkan kanda berangkat esok?” Soal isterinya. Hanzalah menjawab tegas, “Saya bukanlah orang yang suka memberi alasan bagi merebut syurga Allah.”

        Jamilah terdiam dan hanya mampu memerhatikan suaminya bersiap memakai pakaian perang dan menyelitkan pedang ke pinggangnya. Hanzalah menoleh ke arah isterinya, “Janganlah bersedih, doakan pemergian saya semoga saya beroleh kemenangan.” Suami isteri itu berpelukan dan bersalaman. Berat hati Jamilah melepaskan lelaki yang baru sahaja menjadi suaminya ke medan perang. Namun, Jamilah menguatkan hatinya dan melepaskannya dengan penuh redha. “Saya mendoakan kanda beroleh kemenangan.”

         Hanzalah melompat ke atas kudanya dan terus memecut tanpa menoleh ke belakang. Akhirnya, dia berjaya bergabung dengan tentera Islam yang tiba lebih awal daripadanya.

          Di medan perang, jumlah tentera musuh adalah seramai tiga ribu orang yang lengkap bersenjata manakala jumlah tentera Islam hanyalah seramai seribu orang. Perbezaan itu tidak menggugat sanggar wibawa tentera Islam termasuklah Hanzalah. Dia menghayun pedangnya menebas leher-leher musuh yang menghampiri dan apabila dia terpandang Abu Sufyan, panglima tentera Quraisy, Hanzalah menerkam Abu Sufyan umpama singa lapar. Mereka berlawan pedang dan bergelut; akhirnya Abu Sufyan sungkur ke tanah. Tatkala Hanzalah mengangkat pedang mahu menebas leher Abu Sufyan, dengan kuat panglima tentera Quraisy itu menjerit menarik perhatian tentera Quraisy. Tentera-tentera Quraisy menyerbu Hanzalah dan Hanzalah tewas, rebah ke bumi.

        Sebaik sahaja perang tamat, tentera Islam yang tercedera diberikan rawatan. Mayat-mayat yang bergelimpangan dikenalpasti dan nama-nama mereka, tujuh puluh orang kesemuanya, dicatat. Sedang Nabi Muhammad yang tercedera dan patah beberapa batang giginya diberi rawatan, beliau mengatakan sesuatu yang menyentak kalbu, “Saya terlihat antara langit dan bumi, para malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air daripada awan yang diisikan ke dalam bekas perak.” Abu Said Saidi, antara tentera yang berada dekat dengan Nabi Muhammad bingkas mencari jenazah Hanzalah. “Benar kata-kata Nabi Muhammad. Rambutnya masih basah bekas dimandikan!” Abu Said Saidi menyaksikan ketenangan wajah Hanzalah walaupun beliau cedera parah di seluruh badannya. Rambutnya basah dan titisan air mengalir di hujung rambutnya sedang ketika itu matahari terik memancar.

Sunday, July 1, 2012

Perjalanan Hidupku..

Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum..

        Lagi 1 coretan untuk hari ini, oleh kerana ana tinggal seorang dirumah.Pelbagai kenangan silam menyinggah di fikiran ini. Ada kenangan manis ada kenangan pahit. Kenangan yang paling manis ialah masa tingkatan 3. Dapat anugerah dari pihak sekolah. Alhamdulillah, tapi masa tu tak sangka pula diri ini akan dipilih untuk dapat anugerah tersebut. Orang pertama pula tu dipilih untuk terima anugerah tu. Memang terkejut sangat. Apa-apapun alhamdulillah.. 

       Masa zaman tabika,mak hantar  ana ke sekolah menaiki basikal. Seronok sangat sebab mak hantar pi sekolah. Paling seronok sekali,mak dilantik jadi pembantu di sekolah tabika tersebut. So memang manjalah dengan mak. Apa-apa je mesti panggil mak.Masuk tahun 1,kena pi sekolah rendah pula. Oleh kerana daftar lambat.Dapat masuk kelas akhir,huhuhu Sedih juga. Tapi tak mengapa sebab masuk darjah 2 sampai darjah 6 dapat masuk kelas kedua,alhamdulillah. Masa tu juga  arwah ayah dan mak beli motor. Alhamdulillah,pi sekolah rendah dihantar naik motor pula.
  
       Kenangan yang paling pahit dan menyedihkan,masa tahun 2000. Masa tu ana baru masuk 10 tahun. Tahun yang paling sedih buat ana sebab kehilangan insan yang paling ana sayangi iaitu ayah. Ayah mengalami kecederaan serius lepas jatuh dari motor Vespa kepunyaannya. Kulit kakinya terkoyak. Mak hantar ayah ke klinik kerajaan. Tetapi pihak klinik minta ayah dirujuk ke Hospital besar Seremban. Ayah pun dihantar ke hospital dengan ambulans yang pihak klinik sediakan untuk bawa ayah kesana. Masa di hospital ayah baring sahaja. Tak bercakap pun walaupun sepatah. Dari Hospital Seremban,ayah dibawa pula ke HUKM oleh saudara ayah. Tarikh 17 Mei 2000 ayah pergi meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya.
  
     Sejak  pemergian ayah , mak yang ambil alih semua tugas ayah untuk membesarkan kami adik-beradik yang masa tu semuanya masih bersekolah. Pelbagai pekerjaan mak buat untuk mencari rezeki demi membesarkan kami adik beradik. Alhamdulillah,berkat doa mak,kami adik beradik semua berjaya sekarang. Jutaan terima kasih kami ucapkan pada mak sebab membesarkan kami.









1 Julai 2012

Bismilahirahmanirahim..
Assalamualaikum wbt..

          Hari ini tergerak hati ana nak tulis sesuatu di halaman ini.Nama ana Rabbitah binti Hambali. Ana dilahirkan pada pukul 8.15 malam 22 tahun yang lalu. Masa zaman kanak-kanak ana tak suka dengan nama ini. Sebabnya kawan-kawan ana di sekolah tabika selalu panggil ana dengan panggilan rabbit. Cikgu tabika pun panggil ana dengan panggilan itu. Eee...tak sukanya nama ana disamakan dengan nama haiwan.:-(.
Sampailah ana masuk umur 12 tahun. Baru ana tahu apa makna RABITAH.Nama ini rupanya adalah satu doa dan wirid. Apa yang ana tahu. Doa ini selalu dibaca di waktu pagi dan lepas waktu asar.

         Doa dan wirid Rabitah ini terkandung dalam buku Al-Mathurat di muka surat akhir sekali..Alhamdulillah sekarang ana terima nama ini dengan senang hati. Terima kasih ayah sebab beri nama ini pada anakmu ini..AL-FATIHAH,semoga roh ayah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh..amin ya rabbal alamin..

                                                                                          





Sunday, June 24, 2012

Istighfar (meminta ampun) dan taubat

Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum....



Maksudya:


Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.



Monday, May 28, 2012

19 Keistimewaan Wanita Berbanding Lelaki

Walau banyak kelebihan dan keistimewaan wanita berbanding lelaki, ramai juga yang masih lagi hanyut dibuai lena keduniaan. Mari kita ketahui kelebihan wanita.

Tanpa wanita, lelaki takkan dilahirkan (kecuali Nabi Adam) dan tanpa wanita juga, tiada lelaki yang berjaya. Betul ke? Jom kita ketahui 19 keistimewaan wanita berbanding lelaki. Semoga semua wanita berasa bangga dan bertambah semangat untuk menjadi wanita yang solehah yang akan masuk ke syurga dengan mudah. InsyaAllah.


1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya".

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
Wallahualam.

Sumber: Badrul Hisham | Layari Artikel Agama Informasi Malaysia Kini





Friday, May 25, 2012

bertemu kembali...(^_^*)

Assalamualaikum wbt....

Rindunya dekat blog ana..lama tak jenguk blog nie...
Hari nie baru dapat tulis sesuatu di blog ini,..
Syukran jiddan kepada sesiapa yang sudi follow blog saya.
InsyaAllah,malam nie sambung,assalamualaikum...

Wednesday, January 4, 2012

Isu wang hantaran zaman sekarang terlalu tinggi...:-(

Assalamualaikum waramatuallahi wabarakatuh...

            Hari ini terasa ingin menulis sesuatu di blog ana ini..Hurmmmmm isu wang hantaran yang melambung tinggi macam harga emas yang tinggi di pasaran masa kini..huhuhu..Walaupun ana seorang muslimah..jujur  dari lubuk hati ana..wang hantaran yang pihak keluarga perempuan zaman sekarang minta terlalu tinggi..Alasan yang diberi antaranya ialah harga barang-barang sudah naik harga dan pelbagai alasan lagi yang diberikan..Nauzubilahi minzalik..
            Janganlah membebankan bakal suami kita dengan meminta wang hantaran yang begitu tinggi. Kerana suami akan menanggung dosa isteri selagi suami bersama kita. Suami juga akan bagi nafkah pada kita setiap bulan. Kalian bayangkan lah kalau sebulan suami kita berikan kita  wang untuk perbelajaan dapur sebulan sebanyak RM500 x 12 bulan = RM6000. Itu baru perbelanjaan dapur. Belum lagi duit sekolah anak-anak,pampers anak dan sebagainya..Fikirkanlah..Tepuk dada tanya iman.. 
          Maafkan ana seandainya coretan di blog ana ini telah menguris hati sesiapa yang membaca blog ana ini. Maafkan ana ..assalamualaikum...(luahan hati seorang muslimah..)