Thursday, July 11, 2013

Kali pertama berpuasa di perantauan.

Bismillahirrahmanirrahim,assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah swt kerana memberi kesempatan kepada diriku untuk bertemu lagi dengan bulan yang mulia iaitu Bulan Ramadhan. Di catatan yang lepas ana ada menulis tajuk Ramadhan yang terakhir. Alhamdulillah tahun lepas bukan tahun terakhir ana bertemu dengan bulan ini sebab tahun ini ana masih berjumpa dengan bulan tersebut,alhamdulillah,semuanya dengan izin Allah swt.

Tahun nie tahun pertama ana sambut bulan Ramadhan di perantauan. Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja. Makanan sahur dan berbuka kakak ana yang masak,tugas ana jaga anak-anak dia. Seronok jaga anak-anak nie. Walaupun mereka bukan anak ana tapi ana happy.Alhamdulillah.

Rasanya sampai sini dahulu untuk coretan kali ini, insyaAllah lepas nie akan ada coretan lain yang lebih bermanfaat dari coretan luahan hati ini.. Akhir kata jutaan terima kasih sebab sudi baca blog ana yang tak seberapa ini. dan ana memohon ampun dan maaf sekiranya apa yang ana tulis ada menyinggung perasaan pembaca sekalian..Salam Ramadhan Al-Mubarak 1434 Hijriah..

No comments:

Post a Comment