Tuesday, March 22, 2011

Erti Wanita Solehah

APAKAH PENGERTIAN MAKNA WANITA SOLEHAH? BAGAIMANA KELAKUAN SIFATNYA?

Pengertian wanita solehah atau dalam bahasa Arabnya itu ialah مرأة صالحة kalimat مرأة itu ialah “Muanath” daripada المرأ iaitu “insanah” seorang perempaun yang mempunyai faraj asalnya daripada lelaki dijadikan perempuan itu daripada tulang rusuk lelaki yang kiri disebelah bawah.

Dalil yang menunjukkan bahawa Allah menjadikan perempuan itu daripada lelaki FirmanNya:

يَاأَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُواْ رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيرًا وَنِسَاء[2]

Ertinya: wahai manusia! Takutilah akan Tuhan yang menjadikan kamu daripada satu diri iaitu Adam u dan Allah menjadikan diri yang satu itu seorang perempuan sebai isteri iaitu Hawa, dan Allah mengurniakan zuriat daripada keduanya itu akan beberapa lelaki dan perempuan yang baik.

Sabda Rasulullah r yang menyaksi bahawa perempuan itu dijadikan daripada tulang rusuk lelaki:
واستوصوا بالنساء خَيراً فإِنهنَّ خُلِقنَ من ضِلَع[3]

Ertinya: Beri pengajaran yang baik kamu dengan segala perempuan itu kerana bahawa mereka dijadikan dari tulang rusuk.

Dan juga disebut dalam Hadis yang lain

خُلِقَتْ حَوَّاءُ مِنْ ضَلْعٍ عَوْجَاءَ

Ertinya: Dijadikan Hawa itu daripada tulang rusuk bengkok.

Maksud Hadis diatas tersebut bahawa tabiat asal wanita itu tidak seperti lelaki dengan sifat tetap pendirian, maka wanita berhajat kepada penasihat yang baik yang boleh membimbing mereka dari perkara yang salah kepada yang betul dan dari kekurangan kepada kesempurnaan.
Kalimat صالحة itu lawanya فاسدة baik dengan makna suatu perkara yang memberi manfaat dan yang munasabah yang patut dengan kita. Boleh dikatakan sesuatu itu jadi baik bagi kita.

Berkata Pengarang “Mukjam Wasit” صالحة itu perempuan yang betul pendirian dan yang menunaikan kewajipannya, maka مرأة صالحة itu perempuan yang baik yakni tetap pendirian yang betul serta menunaikan segala kewajipan syara` keatasnya.

Makna مرأة صالحة pada Syara` ialah perempuan yang mempunyai pendidikan agama dan mentaati kepada suaminya pada segala suruhannya, dan menjaga dirinya, harta suaminya dan amanahnya pada ketika suami tiada di rumah.

Firman Allah Ta`ala pada menyatakan perempuan yang solihat dalam surah An-Nisa:

فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِّلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللّه[4]ُ

Ertinya: perempuan solehah itu ialah perempuan yang mentaati suami dan menjaga dengan hak-hak suaminya serta menjaga dirinya daripada sifat keji ketika suaminya tiada.

1 comment: