Assalamualaikum.....
Bismilahirahmanirahim..
Bismilahirahmanirahim..
Terima kasih ayah..(^_^,)
"Carilah duniamu seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya dan carilah akhiratmu seolah-olah engkau akan mati esok pagi" (Hadis Riwayat Ibnu Asahin)
Sesungguhnya seorang pemuda telah mendatangi An-Nabiy SallaLlahu `alayhi wasallam dan dia berkata "Ya RasuluLlah, izinkanlah bagiku untuk berzina". Maka orang ramai pun memarahinya dan mereka berkata مه مه . Maka baginda berkata "Aku ingin mendekatinya", maka baginda pun mendekatinya dengan dekat. Dia berkata "Maka dia pun duduk".Baginda berkata "Adakah kamu suka itu (zina) kepada ibumu?". Dia berkata "Tidak, demi Allah, Allah menjadikan aku hamba mu!". Baginda berkata "Dan manusia pun tidak sukakannya (zina) kepada ibu-ibu mereka".
Baginda berkata "Adakah kamu suka itu (zina) kepada anak perempuan mu?". Dia berkata "Tidak, demi Allah, Allah menjadikan aku hamba mu!". Baginda berkata "Dan manusia pun tidak sukakannya (zina) kepada anak-anak perempuan mereka".
Baginda berkata "Adakah kamu suka itu (zina) kepada saudara perempuan mu?". Dia berkata "Tidak, demi Allah, Allah menjadikan aku hamba mu!". Baginda berkata "Dan manusia pun tidak sukakannya (zina) kepada saudara-saudara perempuan mereka".
Baginda berkata "Adakah kamu suka itu (zina) kepada makcik (sebelah bapa) kamu?". Dia berkata "Tidak, demi Allah, Allah menjadikan aku hamba mu!". Baginda berkata "Dan manusia pun tidak sukakannya (zina) kepada makcik- makcik (sebelah bapa) mereka".
Baginda berkata "Adakah kamu suka itu (zina) kepada makcik (sebelah ibu) kamu?". Dia berkata "Tidak, demi Allah, Allah menjadikan aku hamba mu!". Baginda berkata "Dan manusia pun tidak sukakannya (zina) kepada makcik- makcik (sebelah ibu) mereka".
Maka dia (perawi hadis) berkata: Lalu baginda meletakkan tangannya ke atasnya (pemuda itu) dan baginda berkata "Ya Allah ampunkanlah dosa-dosanya dan bersihkanlah hatinya dan peliharalah kemaluannya. Maka tidak berlakulah selepas itu (pemuda itu tidak berzina) pemuda itu berubah kepada sesuatu.